awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Nancy Pelosi tandatangan dokumen pendakwaan penyingkiran presiden

Agensi
Agensi
14/01/2021
02:38 MYT
Speaker Nancy Pelosi tandatangan dokumen pendakwaan penyingkiran presiden
PELOSI: Saya, dengan penuh dukacita menandatangani Artikel Penyingkiran Presiden. - AP Newsroom
WASHINGTON DC:Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, menandatangani Artikel Perlembagaan menyingkirkan Presiden Donald Trump.
Pada masa sama, Pelosi menyifatkan keputusan tersebut mencerminkan bahawa tiada mana-mana individu yang kebal daripada undang-undang dan perlembagaan.
“Hari ini dengan cara bipartisan, Dewan Perwakilan membuktikan bahawa tidak ada sesiapa yang lebih tinggi daripada Perlembagaan termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang jelas bawa bahaya kepada negara ini.
“Sekali lagi, kami menghormati perjanjian yang telah ditetapkan untuk melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat. Jadi bantu kami Tuhan.
“Dan ketika ini, saya, dengan penuh dukacita menandatangani Artikel Penyingkiran Presiden,” katanya sebelum menandatangani Artikel tersebut di Capitol Hill pada Rabu (waktu tempatan).
BACA: Dewan Perwakilan AS sokong usul singkirkan Trump
BACA: Trump didakwa kali kedua, pertama dalam sejarah Presiden AS
Terdahulu, Donald Trump menjadi satu-satunya presiden dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang berdepan pendakwaan sebanyak dua kali.
Kali kedua beliau didakwa kerana menghasut untuk mencetuskan rusuhan maut di Capitol pada Rabu lepas.
Perkara yang membawa kepada pendakwaan kali kedua ialah apabila 10 pemimpin Republikan berpaling tadah bersetuju mengundi untuk mendakwa Trump bersama-sama majoriti pemimpin Demokrat.
Politik AS | Speaker tandatangan artikel penyingkiran Presiden
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#AS
#Amerika Syarikat
#Speaker Dewan Perwakilan
#Nancy Pelosi
#Artikel Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan