PARA saintis telah menamakan sekumpulan kupu-kupu dengan nama Sauron iaitu watak jahat dari novel 'Lord of the Rings'.

Nama Saurona diberikan kerana gegelang hitam pada sayap serangga itu dikatakan mirip 'the all-seeing eye' yang disifatkan dalam buku JRR Tolkien.

Muzium Natural History di London berharap nama unik berkenaan akan menarik perhatian orang ramai terhadap spesis kupu-kupu berkenaan bagi menjalankan lebih banyak kajian.

Dua spesies kupu-kupu telah ditambah dalam genus baharu Saurona itu.

Saurona triangular dan Saurona aurigera merupakan spesies yang pertama dimasukkan dalam kumpulan itu namun lebih banyak lagi akan tambah kemudian.

Nama itu dipilih oleh Dr Blanca Heurtas, kurator kupu-kupu di muzium berkenaan.

Beliau juga merupakan sebahagian daripada penyelidik antarabangsa yang menerbitkan artikel tentang genus baharu itu dalam jurnal Systematic Entonology.

Sekumpulan 30 saintis dari seluruh dunia telah melakukan kajian selama 10 tahun ke atas kupu-kupu jenis Euptychiina ini.

Lebih daripada 400 spesis kupu-kupu dikaji dan diklasifikasikan berdasarkan DNA.

Ini bukan kali pertama sekumpulan haiwan dinamakan sempenan Sauron.

Sebelum ini nama itu pernah digunakan bagi kumbang tinja, katak serta dinosaur.