awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR Thailand pilih April tarikh mengundi baharu

Bernama
Bernama
11/02/2014
23:41 MYT
SPR Thailand pilih April tarikh mengundi baharu
Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Thailand membuat keputusan untuk mengadakan pengundian pada April bagi kawasan-kawasan yang proses pengundian diganggu oleh penunjuk perasaan.
Pengundian awal di 21 wilayah yang sepatutnya diadakan pada 26 Jan tetapi dibatalkan, sekarang akan diadakan pada 20 April sementara mereka yang tidak dapat mengundi seperti biasa pada 2 Feb, akan mengundi pada 27 April.
Pesuruhjaya EC Somchai Srisitthiyakorn mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas menemui pihak berkuasa EC 18 wilayah di sini pada Selasa.
Somchai berkata 21 wilayah yang mengadakan pengundian awal termasuk 14 wilayah di selatan serta Petchaburi, Prachub Kirikhan (Barat) dan Rayong (timur), Samutsongkarm dan Samutsakorn (tengah), Petchaboon (utara) dan Bangkok.
Pilihan raya umum diselubungi kontroversi apabila golongan antikerajaan dan kumpulan pembangkang mempersoalkan kesahihannya dan gagal memenuhi keperluan minimum mempunyai sekurang-kurangnya 95 peratus anggota parlimen yang dipilih kerana 28 daripada 375 kawasan pilihan raya tidak mempunyai calon.
EC memohon bagi pengisytiharan perintah diraja bagi membolehkan pilihan raya diadakan di 28 kawasan. Sebanyak 125 lagi anggota parlimen dipilih melalui senarai parti.
Esok, Mahkamah Perlembagaan akan bermesyuarat untuk mempertimbangkan petisyen yang dikemukakan Parti Demokrak yang mempertikai kesahihan pilihan raya itu.
Parti Demokrat, parti pembangkang terbesar dalam kerajaan terdahulu, telah memulaukan pilihan raya yang dijangka dimenangi Parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#pilihan raya
#protes
#Thailand
#Yingluck
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan