NEW DELHI: Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing.
Menteri Sumber dan Tenaga Kanchana Wijesekera pada Selasa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Qatar Saad Bin Sherida Al Kaabi berhubung bekalan produk petroleum, termasuk gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).
Wijesekera turut mengadakan pertemuan dengan Dana Qatar bagi Pembangunan untuk berbincang mengenai kemudahan kredit yang memungkinkan sebarang urusan pembelian tenaga.
Lawatan ke Qatar itu adalah sebahagian daripada usaha negara itu mencari sumber bekalan bahan api dan pertukaran asing bagi membeli barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Sebelum ini, Wijesekera memaklumkan kerajaan Sri Lanka akan membenarkan syarikat dari negara-negara pengeluar minyak memasuki pasaran domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Lawatan ke Qatar itu adalah sebahagian daripada usaha negara itu mencari sumber bekalan bahan api dan pertukaran asing bagi membeli barangan keperluan. - Gambar fail/REUTERS
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka
Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
Pakar WHO akan bantu tangani kusta di Sri Lanka
Daripada keseluruhan 1,550 pesakit, wilayah barat yang paling ramai penduduk di Sri Lanka, merekodkan 599 kes.
Zambry lakukan lawatan rasmi ke Sri Lanka
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke ibu negara Sri Lanka, Colombo, dari 9-12 Okt ini.
Maldives, Sri Lanka, Pakistan sokong negara Palestin berdasarkan sempadan pra-1967
Maldives, Sri Lanka dan Pakistan telah memperbaharui sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin dalam sempadan sebelum 1967.
Kes bunuh: Hutang dipercayai motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka - Polis
Motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka di Jalan Perhentian Kampung Kovil hilir, Sentul pada 22 September lalu dipercayai berpunca daripada masalah wang dan hutang.
Polis yakin suspek kes tiga mayat ditemukan bertindan masih di Malaysia
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, semakan yang dilakukan polis mendapati tiada rekod kedua-dua suspek keluar dari negara.
Lebih 50,000 keluarga terjejas akibat musim kemarau landa Sri Lanka
Lebih 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.
10 maut, 30 cedera bas terhumban ke dalam sungai di Sri Lanka
Bas itu melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli.