awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka tingkatkan kecekapan pelepasan kontena di Pelabuhan Colombo

Bernama
Bernama
25/12/2024
20:30 MYT
Sri Lanka tingkatkan kecekapan pelepasan kontena di Pelabuhan Colombo
Pelabuhan Colombo mengendalikan empat terminal kontena, dua daripadanya dimiliki oleh pihak swasta dan dua lagi oleh kerajaan. - Foto X/CWIT
COLOMBO: Kabinet Sri Lanka meluluskan cadangan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang bertujuan meningkatkan kecekapan dalam operasi pelepasan kontena di Pelabuhan Colombo, menurut Jabatan Informasi Kerajaan pada Selasa.
Cadangan itu dibentangkan oleh Presiden Anura Kumara Dissanayake dan mendapat kelulusan Kabinet bagi menubuhkan jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan, Lebuhraya, Pelabuhan dan Penerbangan Awam, Bimal Rathnayake.
Jawatankuasa berkenaan akan mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan sistem yang lebih berkesan dalam pelepasan kontena dari pelabuhan tanpa sebarang kelewatan, serta meningkatkan kecekapan sistem sedia ada.
Pelabuhan Colombo mengendalikan empat terminal kontena, dua daripadanya dimiliki oleh pihak swasta dan dua lagi oleh kerajaan.
Setiap hari, antara 5,000 hingga 10,000 kontena diperiksa melalui setiap terminal, termasuk penghantaran semula, menurut jabatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#pelabuhan
#Colombo
#pelepasan kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan