DUNIA
Stesen radio 'kantoi' guna hos AI

Identiti hos AI terbongkar apabila wartawan mempersoalkan latar belakang Thy, dan analisis audio mengesahkan dia dihasilkan oleh AI. -Gambar hiasan/Adobe
CANBERRA: Sebuah stesen radio di Australia dikesan menggunakan hos yang dihasilkan oleh AI selama enam bulan tanpa memaklumkannya kepada pendengar.
Ringkasan AI
- Stesen radio CADA di Australia menggunakan hos AI bernama "Thy" selama enam bulan tanpa memaklumkan kepada pendengar.
- Identiti hos AI terbongkar apabila wartawan mempersoalkan latar belakang Thy, dan analisis audio mengesahkan dia dihasilkan oleh AI.
- Pendedahan ini mencetuskan kritikan mengenai ketelusan dan kesan AI terhadap pekerjaan dalam penyiaran, dengan seruan untuk undang-undang pelabelan AI yang jelas.
Thy dicipta stesen radio CADA menggunakan perisian kecerdasan buatan daripada ElevenLabs.
Dia bertugas mengendalikan rancangan "Workdays with Thy" dengan memainkan muzik dan memperkenalkan lagu selama empat jam setiap hari.
Australian Radio Network (ARN), yang memiliki CADA, kemudiannya mengesahkan bahawa Thy adalah hos AI tetapi dimodelkan berdasarkan seorang pekerja sebenar dari jabatan kewangan mereka.
Pendedahan ini mencetuskan kritikan, dengan sesetengah pihak berpendapat bahawa stesen tersebut sepatutnya mendedahkan penggunaan AI.
Ada juga yang menyuarakan kebimbangan tentang ketelusan dan kesan AI terhadap pekerjaan dalam penyiaran.
ARN mempertahankan eksperimen ini dengan menyatakan bahawa ia sedang meneroka alat audio AI dan percubaan ini mengukuhkan kepentingan personaliti sebenar dalam menghasilkan kandungan yang menarik.
Namun, golongan profesional industri, termasuk Australian Association of Voice Actors, menyeru agar undang-undang pelabelan AI yang jelas diwujudkan bagi mengelakkan penipuan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami