awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stok beras negara Indonesia capai rekod tertinggi lebih 4 juta tan

Bernama
Bernama
30/05/2025
20:15 MYT
Stok beras negara Indonesia capai rekod tertinggi lebih 4 juta tan
Stok beras Indonesia mencatat pencapaian bersejarah apabila melepasi paras 4 juta tan setakat Khamis, iaitu jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sejak penubuhan syarikat makanan negara, Perum Bulog pada 1969. - Gambar hiasan
JAKARTA: Stok beras Indonesia mencatat pencapaian bersejarah apabila melepasi paras 4 juta tan setakat Khamis, iaitu jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sejak penubuhan syarikat makanan negara, Perum Bulog pada 1969.
Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil langsung daripada arahan Presiden Prabowo Subianto yang secara konsisten menggalakkan pengeluaran beras dalam negara.
Beliau menjelaskan bahawa kejayaan itu turut dipacu oleh harga pembelian kerajaan semasa yang menguntungkan petani.
"Petani kini menikmati harga jualan yang menguntungkan, walaupun semasa musim menuai utama," katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan Xinhua.
Di negara Asia Tenggara itu, beras adalah antara komoditi yang paling diawasi dan dikawal ketat, memandangkan ia adalah makanan ruji utama rakyat dari segi penggunaan.
Stok simpanan negara membolehkan kerajaan campur tangan melalui operasi pasaran bagi mengawal harga beras domestik.
Menurut data Statistik Indonesia, pengeluaran beras negara sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini dianggarkan mencecah 16.55 juta tan, peningkatan sebanyak 11.95 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Setakat akhir bulan ini, Perum Bulog telah membeli lebih 2.4 juta tan beras tempatan.
Menurut Kementerian Pertanian, angka itu meningkat lebih 400 peratus berbanding purata pembelian dalam tempoh sama lima tahun lepas, iaitu sekitar 1.2 juta tan.
Menteri itu juga menyatakan kesediaan Indonesia untuk mengeksport beras ke negara anggota ASEAN selagi stok dalam negara kekal mencukupi.
"Arahan daripada Presiden membolehkan kami menyediakan beras untuk negara sahabat, terutamanya negara jiran, yang memerlukan bekalan beras," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#stok beras Indonesia
#Perum Bulog
#Presiden Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan