awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami sangkakan perempuan, rupa-rupanya...

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2023
01:45 MYT
Suami sangkakan perempuan, rupa-rupanya...
Lelaki berkenaan mendakwa isterinya memiliki sifat fizikal lelaki dan perempuan. - Foto agensi
KAHERAH: Seorang lelaki di utara Mesir bikin kecoh setelah mendedahkan pasangannya adalah sama jantina dengannya.
Pendedahan itu yang dibuat kira-kira dua tahun selepas pasangan berkenaan melayari alam rumah tangga turut menjadi topik hangat perbicangan pengguna media sosial dan menerima pelbagai reaksi.
Media tempatan melaporkan individu dari wilayah al-Bahira itu mendakwa isterinya memiliki sifat fizikal lelaki dan perempuan.
"Dia pernah mengajukan tentang perkara itu kepada keluarga mertuanya, namun mereka berpendapat isu tersebut dapat diselesaikan menerusi prosedur pembedahan.
"Masalah itu tetap tidak dapat diselesaikan walaupun sudah berunding dengan profesional perubatan," jelas laporan berkenaan sambil menambah lelaki tersebut memilih untuk berpisah secara baik.
Pada mulanya, keluarga mertuanya menentang keras keputusan itu, namun kesepakatan akhirnya dapat dicapai dan wang hantaran tidak akan dipulangkan.
Individu itu turut membongkar kisah silam isterinya yang kononnya wanita itu membesar sebagai kanak-kanak lelaki sehingga dia berumur sembilan tahun.
"Pada masa itu, keluarganya memutuskan untuk menukar namanya kerana ciri dominan perempuan yang ada padanya," ujar laporan itu lagi.
Isterinya bagaimanapun menafikan dakwaan suaminya dengan menjelaskan dia pernah menjalani pembedahan untuk memulihkan kecacatan kelahiran dan wanita itu juga bersedia untuk menjalani pemeriksaan untuk membuktikan jantinanya.
Menurutnya, tuduhan dilemparkan suaminya bertujuan untuk memburukkan nama keluarganya malah dia juga pernah mengalami keguguran kerana dikasari lelaki berkenaan. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#isteri
#sama jantina
#suami
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan