awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Sudah tiba masanya kita iktiraf Palestin,” – Ahli Parlimen UK, Emily Thornberry

Agensi
Agensi
22/05/2025
23:50 MYT
“Sudah tiba masanya kita iktiraf Palestin,” – Ahli Parlimen UK, Emily Thornberry
Thornberry menyambut baik perubahan yang disifatkannya sebagai pergeseran ketara dalam pendirian kerajaan British terhadap Israel.
LONDON: Ahli Parlimen Parti Buruh dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen United Kingdom (UK), Emily Thornberry menyambut baik perubahan yang disifatkannya sebagai pergeseran ketara dalam pendirian kerajaan British terhadap Israel.
Dalam satu wawancara bersama Channel 4 News, Thornberry berkata, kemungkinan untuk mengenakan sekatan terhadap dua menteri sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich serta penangguhan rundingan perdagangan dengan Tel Aviv, menunjukkan perubahan dasar yang signifikan.
Beliau turut mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang didakwanya sengaja memanjangkan konflik demi kepentingan politik.
“Terdapat perjanjian damai. Kedua-dua pihak telah bersetuju. Tetapi Netanyahu yang menolak untuk menandatanganinya dan memilih untuk meneruskan peperangan,” katanya.
“Masalahnya, kita kini berdepan seorang pemimpin Israel yang, setakat yang kami dapat lihat, mahu perang ini berlarutan tanpa penghujung.”
Dalam nada tegas, Thornberry menggesa, kerajaan UK untuk mengiktiraf negara Palestin.
“Sudah tiba masanya kita mengiktiraf negara Palestin,” katanya sambil menambah bahawa persidangan yang dijadualkan berlangsung di New York pada Jun ini, anjuran Arab Saudi dan Perancis, merupakan peluang penting untuk UK dan Perancis memimpin usaha diplomatik baharu ke arah perdamaian. - Agensi
Topic Berkaitan
#iktiraf Palestin
#ahli parlimen UK
#Emily Thornberry
#Benjamin Netanyahu
#kerajaan British
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan