awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan

Bernama
Bernama
31/01/2026
11:45 MYT
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Sistem roket untuk Artemis II, yang terdiri daripada roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) dan kapsul Orion, sudah pun berada di tapak pelancaran di Cape Canaveral. - Gambar fail/ AP
WASHINGTON: Disebabkan suhu rendah yang luar biasa dan angin kencang di Florida, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menyelaraskan jadual pelancaran bagi misi angkasawan pertama ke bulan dalam tempoh lebih setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ujian darat tanpa kru bagi Artemis II, yang asalnya dirancang pada hujung minggu ini, kini akan diadakan seawal-awalnya pada awal minggu depan, menurut NASA pada Jumaat.
"NASA menyasarkan Isnin, 2 Feb, sebagai hari pengisian bahan api untuk ujian raptai pelancaran Artemis II di Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida, berikutan faktor cuaca. Dengan perubahan ini, peluang pertama untuk pelancaran adalah tidak lebih awal daripada Ahad, 8 Feb," menurut NASA dalam kenyataan.
Setelah itu, terdapat banyak lagi peluang pelancaran lain sehingga April.
Pakar meteorologi meramalkan suhu bagi sebahagian Florida pada hujung minggu ini adalah yang terendah dalam tempoh beberapa dekad, dengan suhu kadangkala turun di bawah sifar darjah Celsius dan kemungkinan berlakunya salji.
Ribut musim sejuk juga diramalkan berlaku di bahagian lain di negara itu pada hujung minggu ini, terutamanya di negeri-negeri tenggara seperti Georgia, Tennessee, North Carolina dan Virginia. Hujung minggu lalu, ribut musim sejuk yang dahsyat melanda sebahagian besar AS.
Sistem roket untuk Artemis II, yang terdiri daripada roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) dan kapsul Orion, sudah pun berada di tapak pelancaran di Cape Canaveral. Jurutera NASA telah menyelaraskan kapasiti pemanasan sistem tersebut memandangkan keadaan suhu semasa.
Menerusi program Artemis, NASA menyasarkan untuk menghantar semula angkasawan ke bulan tahun ini buat kali pertama dalam tempoh lebih 50 tahun, sekali gus meletakkan asas bagi misi masa depan ke Marikh.
Angkasawan AS, Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, bersama rakan sekerja dari Kanada, Jeremy Hansen, dijadualkan mengorbit bulan dalam misi selama kira-kira 10 hari itu. Mereka sudah berada dalam kuarantin di Houston, Texas, selama beberapa hari.
Kali terakhir angkasawan AS berada di bulan adalah pada 1972.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NASA
#misi ke bulan
#cuaca sejuk luar biasa
#Artemis II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan