awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukarelawan pertahanan maut ditembak di Pattani

Bernama
Bernama
19/04/2023
13:19 MYT
Sukarelawan pertahanan maut ditembak di Pattani
Penembak telah merampas pistol mangsa dan melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa. - Gambar hiasan
PATTANI: Seorang sukarelawan pertahanan maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau di Panare, Pattani dalam insiden kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) pada Selasa,
Mangsa yang berusia 41 tahun itu dalam perjalanan ke surau untuk mengimamkan solat tarawih.
Ketua Polis Daerah Panare Pol. Kol. Chaiwat Panboonthong berkata, mangsa ditembak kira-kira 200 meter dari masjid oleh dua lelaki menaiki motosikal.
"Menurut saksi, mangsa ditembak jarak dekat selepas azan tamat.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penembak telah merampas pistol mangsa dan melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Beliau menambah bahawa terdapat 10 kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa.
Polis masih menyiasat motif kejadian, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukarelawan pertahanan
#mati ditembak
#Pattani
#Penembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan