awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura promosi makanan tradisi sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
10/04/2024
22:00 MYT
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura promosi makanan tradisi sempena Aidilfitri
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura memanfaatkan sepenuhnya sambutan Aidilfitri untuk mempromosikan makanan tradisi dan budaya negara. - Gambar Bernama
SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura memanfaatkan sepenuhnya sambutan Aidilfitri untuk mempromosikan makanan tradisi dan budaya negara.
Menerusi Program Promosi Budaya dan Masakan Tradisional Malaysia yang dilancarkan pada Rabu, suruhanjaya tinggi menyajikan pelbagai hidangan seperti rendang ayam dan daging, sate, lemang, nasi impit, roti canai, teh tarik selain kuih-muih seperti kole kacang kepada lebih 200 tetamu di Rumah Malaysia, di sini.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar berkata, program itu selaras dengan hasrat Malaysia untuk menyenaraikan makanan tradisi negara dalam Intangible Cultural Heritage Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Program yang diperkenalkan tahun ini adalah sebahagian daripada promosi kita ke arah mendapat pengiktirafan UNESCO.
"Makanan tradisi yang disediakan oleh petugas-petugas di suruhanjaya ini selain tukang masak yang dibawa dari Malaysia adalah makanan tradisi yang dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia dan kita harap program seperti ini dapat mempromosi makanan kita di persada antarabangsa," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan telah menghantar pencalonan Budaya Sarapan Malaysia ke UNESCO pada Mac tahun lepas, antaranya untuk mengetengahkan budaya makanan sarapan yang menjadi kebiasaan rakyat di negara ini seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Wanita Kementerian Luar (Perwakilan) Singapura, Datin Norhayati Soib yang menjadi 'tulang belakang' program berkenaan berkata beliau memasak sendiri hidangan utama seperti rendang untuk memastikan kualiti makanan yang dihidangkan terjamin.
"Untuk program ini kami menggunakan 30 kilogram daging lembu dan terpaksa dua kali masak sebab kuantiti yang disediakan adalah banyak, sehingga 3 pagi tadi baru selesai.
"Lemang pun kami bakar sendiri, sejak lima pagi hingga petang semalam untuk pastikan semua yang dihidangkan fresh," katanya yang juga isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
Norhayati berkata, tahun ini beliau juga menyediakan hidangan yang dihantar oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada orang kenamaan di Singapura termasuk kepada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
"Tahun ini, Datuk (Azfar) memilih untuk menghantar makanan tradisi seperti rendang dan lemang dalam mangkuk tingkat kepada lebih 40 orang kenamaan, berbeza daripada tahun-tahun lepas kami hantar hamper raya," katanya.
Sementara itu, seorang daripada tetamu, Presiden Persatuan Singapura-Pakistan, Sophie Shaikh berkata, sebagai individu yang suka memasak, beliau gembira apabila dijemput untuk menghadiri program itu.
"Hari ini saya menikmati roti canai, ia sungguh sedap dan gebu. Saya sebenarnya agak biasa dengan makanan Malaysia dan saya sendiri boleh memasak rendang. Saya rasa masakan Malaysia sangat lazat malah anak-anak saya semua sukakannya," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sambutan aidilfitri
#makanan tradisi
#Unesco
#suruhanjaya tinggi malaysia di singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan