awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek dalam insiden bom di 'synagogue' didakwa selepas 43 tahun

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2023
03:20 MYT
Suspek dalam insiden bom di 'synagogue' didakwa selepas 43 tahun
Serangan bom di sebuah synagogue di Paris pada tahun 1980 meragut empat nyawa manakala 38 yang lain cedera. - Foto AP
PARIS: Selepas lebih 42 tahun, mahkamah di Paris, Perancis menjatuhkan hukuman bersalah ke atas seorang pensyarah universiti atas serangan bom di sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di bandar itu.
Panel hakim memutuskan Hassan Diab, 69, merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas bom yang diletakkan di Rue Copernic pada 3 Oktober 1980.
Empat individu maut dalam kejadian itu manakala 38 yang lain cedera.
Diab tidak hadir ketika sesi perbicaraan dijalankan namun panel hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.
Serangan di Rue Copernic merupakan serangan pertama yang menyasarkan golongan Yahudi di Perancis selepas Perang Dunia Kedua.
Diab merupakan seorang warga Palestin yang mendapat kerakyataan Kanada pada tahun 1993.
Dia merupakan seorang pensyarah sosiologi di sebuah universiti di Ottawa.
Diab pertama kali dinamakan sebagai suspek dalam kejadian itu pada tahun 1999, hampir 20 tahun selepas kejadian berlaku.
Topic Berkaitan
#Hassan Diab
#synagogue
#bom
#Rue Copernic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan