Seorang veteran Kor Marin Amerika Syarikat yang dipercayai mempunyai masalah mental dikenal pasti sebagai suspek insiden tembakan rambang di sebuah bar di California yang meragut 12 nyawa termasuk seorang anggota polis.
Ian David Long dikatakan merempuh masuk ke dalam bar Borderline Bar and Grill, kira-kira 65 kilometer barat laut Los Angeles setelah menembak pengawal keselamatan.
Menurut pihak polis, awal tahun ini, suspek berusia 28 tahun tersebut mendapat pelepasan pasukan kesihatan mental polis selepas didapati berkelakuan 'tidak rasional' di rumah.
Dalam kejadian jam 11.20 malam waktu tempatan kelmarin, sekurang-kurangnya 200 orang, kebanyakannya pelajar kolej sedang menyambut malam muzik country.
Saksi kejadian berkata, suspek yang berpakaian hitam melemparkan bom asap sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung yang sedang berhibur.
Suspek yang juga pernah berkhidmat di Afghanistan itu dipercayai menggunakan pistol separuh automatik ketika melakukan serangan yang mengorbankan seorang anggota polis bernama Sarjan Ron Helus dan mencederakan 11 yang lain.
Kebanyakan pengunjung dilaporkan menyelamatkan diri dengan memecahkan tingkap premis menggunakan kerusi, manakala yang lain bersembunyi di dalam tandas.
Suspek dipercayai menembak dirinya sendiri sebelum ditemui mati di dalam bar tersebut.- BBC
Agensi
Fri Nov 09 2018
Ian David Long dikatakan merempuh masuk ke dalam bar Borderline Bar and Grill, kira-kira 65 kilometer barat laut Los Angeles setelah menembak pengawal keselamatan. -Foto Sinar Harian
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Suspek letupan bom asap sasar PM Jepun dihantar ke pejabat pendakwaan
Kimura Ryuji yang ditahan selepas serangan terhadap Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dihantar ke pejabat pendakwa di Wilayah Wakayama.
Thailand: Penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar Parlimen
Ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan berkumpul di luar parlimen di mana ahli parlimen sedang membincangkan cadangan pindaan perlembagaan di parlimen pada Selasa.
Suspek insiden tembak di bar California dikenal pasti
Ian David Long dikatakan merempuh masuk ke dalam bar Borderline Bar and Grill, kira-kira 65 kilometer barat laut Los Angeles setelah menembak pengawal keselamatan.
Penemuan bom asap: Siasatan menjurus kepada polis, tentera
Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bahan letupan itu hanya dibekalkan kepada dua agensi keselamatan itu untuk kegunaan ketenteraman awam dan pertunjukan.
Protes aman bantah tambang pengangkutan awam naik bertukar ganas di Brazil
Protes aman di Sao Paulo bertukar ganas, apabila beberapa penunjuk perasaan bertopeng mula membaling batu ke arah polis.