Skip to main content

Dunia

Suspek insiden tembak di White House sasar pegawai Trump

Trump Shooting_Truth SocMed @realDonaldTrump
Sumber berkata suspek (foto) tidak menyatakan Trump sebagai sasaran, tetapi merujuk secara meluas kepada "pegawai pentadbiran." -Foto Truth Social Donal Trump

WASHINGTON: Suspek insiden tembakan ketika Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih pada petang Sabtu memberitahu pihak berkuasa, dia berniat untuk menyasar pegawai daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik CBS News

Memetik sumber pihak berkuasa, CBS News melaporkan pada Ahad, suspek, yang dikenali sebagai Cole Allen, membuat kenyataan itu berikutan penahanannya.

Advertisement

Sumber berkata suspek tidak menyatakan Trump sebagai sasaran, tetapi merujuk secara meluas kepada "pegawai pentadbiran."

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan secara terbuka motif suspek ketika siasatan diteruskan.

Kejadian itu berlaku di Hotel Washington Hilton, tempat makan malam tahunan berkenaan diadakan, yang menyebabkan Trump, Wanita Pertama AS Melania Trump, Naib Presiden JD Vance dan pegawai kanan lain dibawa keluar daripada dewan majlis.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video