DUNIA
Suspek kes Charlie Kirk didakwa atas kesalahan membunuh

Robinson turut berdepan pertuduhan menghalang siasatan, melepaskan tembakan menggunakan senjata api hingga menyebabkan kecederaan serius, mengganggu saksi serta melakukan jenayah keganasan di hadapan kanak-kanak. - Foto AP
LOS ANGELES: Tyler Robinson, suspek yang dituduh membunuh aktivis politik Amerika Syarikat (AS) Charlie Kirk telah didakwa secara rasmi atas kesalahan membunuh, menurut pihak berkuasa Utah pada Selasa, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Tyler Robinson, 22, didakwa atas pembunuhan terancang terhadap aktivis konservatif Charlie Kirk, yang ditembak ketika berucap di Universiti Utah Valley pada 10 September.
- Pendakwaan termasuk pembunuhan terancang, penggunaan senjata api, gangguan saksi dan jenayah di hadapan kanak-kanak.
- Motif pembunuhan dipercayai berkait dengan ideologi politik, di mana Robinson dikatakan semakin cenderung kepada pandangan pro-LGBTQ dan anti-konservatif.
Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai pada acara debat terbuka "Prove Me Wrong" di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu lalu.
Kira-kira 33 jam selepas insiden itu, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Washington County, Utah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami