Seorang suspek dipercayai penanam ganja terbunuh dilanggar jentolak ketika diburu pihak berkuasa dalam kejadian di Pennsylvania, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Suspek dan rakan subahatnya ketika itu berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi padang di kawasan lindungan Penn Township.
Tindakan kedua-dua suspek itu bagaimanapun menimbulkan rasa curiga pegawai perlindungan alam sekitar yang berada di situ dan dia kemudian meminta bantuan polis.
Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun seorang daripada mereka berjaya ditangkap.
Seorang lagi suspek bertindak melarikan diri ke tengah padang.
Keadaan semak yang tebal menyukarkan pencarian menyebabkan polis terpaksa menggunakan khidmat jentolak dan helikopter untuk memburu suspek.
“Pegawai alam sekitar dan polis menaiki jentolak di kawasan semak dan mereka berhenti apabila melalui kawasan semak yang tebal.
"Apabila operasi dihentikan, mereka menjumpai mayat suspek di bawah jentolak tersebut,” kata pegawai polis kepada media tempatan lehighvalleylive.com.
Menurut polis, keadaan semak yang tebal menyebabkan sukar bagi pegawai penguat kuasa menyedari suspek yang bersembunyi di dalamnya.
Operasi tersebut bagaimanapun berjaya membongkar plot tanah yang digunakan untuk menanam 10 pokok ganja yang disorok.
Insiden tersebut mengundang kritikan yang mempersoal tindakan polis melancarkan operasi mengejar suspek sedangkan jumlah ganja yang dijumpai terlalu sedikit.
Agensi
Sun Jul 15 2018

Seorang suspek dipercayai penanam ganja terbunuh dilanggar jentolak ketika diburu pihak berkuasa dalam kejadian di Pennsylvania, Amerika Syarikat baru-baru ini. -Gambar hiasan

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan kesuraman data AS
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.44 mata kepada 1,445.30 daripada 1,454.74 pada Selasa.

42 migran ditemui maut dalam lori
Sekurang-kurangnya 42 dipercayai pendatang telah ditemui mati dalam sebuah lori di pinggir San Antonio, Texas.

Djokovic mungkin tidak beraksi di Terbuka AS
Pemain berusia 35 tahun itu mengakui situasi tersebut membuatkan dia lebih bermotivasi untuk memenangi Wimbledon buat kali ketujuh.

Mahkamah Perusahaan forum sesuai putuskan isu imuniti AS dalam kes pemecatan salah
Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed berkata, Mahkamah Tinggi bukanlah forum sesuai untuk memutuskan isu itu.

Mahkamah tangguh kes Roger Ng, sementara tunggu hukuman di AS 13 Sept
Kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai US$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi di sini.

COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS
Vaksin tersebut perlu diberi kepada kanak-kanak berumur seawal enam bulan hingga empat tahun.

Lebih banyak negara akan ikut langkah AS naikkan kadar faedah
Tindakan untuk menyeimbangkan faktor mengekang inflasi dengan menangani kelembapan ekonomi akan menjadi amat mencabar.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4000/4040 daripada 4.4020/4045 pada Khamis.