Seorang lelaki berusia 23 tahun bakal didakwa di mahkamah di sini, esok (Rabu), atas tuduhan membunuh seorang wanita di Terminal Feri Tanah Merah, di sini bulan lalu.

Menurut laporan Straits Times, wanita berkenaan yang bekerja sebagai tukang cuci itu ditemui mati dalam sebuah longkang dekat terminal berkenaan 25 November lalu.

Menurut laporan tersebut, barang kemas wanita berusia 54 tahun itu juga dipercayai hilang semasa mayatnya ditemui.

Suspek pula ditahan di Malaysia pada Ahad selepas waran tangkap dikeluarkan mahkamah negara itu.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman mati.