awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika

Bernama
Bernama
16/08/2024
01:40 MYT
Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika
Sweden merekodkan kes pertama varian cacar monyet di luar benua Afrika pada Khamis apabila seorang individu disahkan dijangkiti virus itu semasa berada di Afrika. - Gambar hiasan REUTERS
LONDON: Sweden merekodkan kes pertama varian cacar monyet di luar benua Afrika pada Khamis.
"Ini adalah kes pertama yang didiagnosis di luar benua Afrika," kata Pemangku Ketua Pengarah Kesihatan Awam Sweden, Olivia Wigzell yang dipetik penyiar tempatan SVT Nyheter, menurut Agensi Anadolu.
Seorang individu yang mendapatkan rawatan di Stockholm disahkan dijangkiti varian cacar monyet yang lebih mudah merebak.
Menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Awam, individu terbabit dijangkiti virus semasa berada di Afrika.
Cacar monyet yang kini merebak di Congo dan beberapa bahagian lain di benua itu dipercayai lebih mudah merebak dan berbahaya berbanding varian clade 2, yang menyebabkan wabak global pada 2022.
"Saya akan katakan risiko agak tinggi bahawa kita akan melihat kes terpencil di Sweden, dengan individu yang pergi ke kawasan terjejas kembali dengan jangkitan," kata pakar epidemiologi negara Magnus Gisslen kepada SVT pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau menyuarakan keyakinan terhadap kesiapsiagaan sistem penjagaan kesihatan untuk mengesan virus dan mengehadkan penyebarannya.
"Pada masa sama, ia sememangnya sesuatu yang perlu kita ambil serius dan ada kemungkinan kita melihat sedikit kes jangkitan di sini.
"Adalah penting kita mengenal pasti sebarang kes yang timbul supaya kita dapat menguruskannya dengan betul dan mencegah penularan lanjut," kata ahli epidemiologi itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#virus mpox
#kes pertama mpox
#varian clade 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan