awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2023
03:40 MYT
Syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia - Polis Thailand
Anuruth semasa sidang akhbar di pejabatnya di Narathiwat, Thailand. -Foto Sinar Harian
NARATHIWAT: Syabu dan yaba merupakan antara dua jenis dadah yang paling banyak diseludup masuk ke Malaysia.
Itu pendedahan yang dibuat oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb semasa sidang akhbar di pejabatnya pada Sabtu.
Anuruth berkata, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sempadan Thailand-Malaysia di sepanjang Sungai Golok.
"Kerajaan Thailand amat bimbang dengan situasi tersebut kerana Narathiwat merupakan wilayah dan lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.
"Kesemua dadah berkenaan dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas melalui sindiket-sindiket dadah sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini," ujarnya.
Menurut beliau, kejayaan terbesar yang telah direkodkan pihaknya setakat ini ialah pada 2 Julai dan 10 Ogos lalu melibatkan dadah seberat 2,000 kilogram (kg) di Sungai Golok.
Tambahnya, rampasan itu melibatkan nilai berjumlah RM20 juta.
Anuruth memberitahu, siasatan yang dilakukan mendapati kebanyakan pengedar bermula sebagai penagih.
"Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla.
"Polis Wilayah Narathiwat sentiasa mengatur pelbagai langkah untuk mencegah, menyekat dan menyelesaikan masalah dadah," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syabu dan yaba
#seludup masuk ke Malaysia
#Anuruth Imarb
#sempadan Thailand-Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan