Skip to main content

Dunia

Syarikat Musk rugi lebih AS$420 bilion selepas pilihan raya pertengahan penggal

SpaceX dan Tesla, syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat Elon Musk, secara bersama telah kerugian lebih US$420 bilion sejak pilihan raya pertengahan penggal pada 3 Nov. - Gambar fail/ AP
SpaceX dan Tesla, syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat Elon Musk, secara bersama telah kerugian lebih US$420 bilion sejak pilihan raya pertengahan penggal pada 3 Nov. - Gambar fail/ AP
Advertisement

WASHINGTON: SpaceX dan Tesla, syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat Elon Musk, secara bersama telah kerugian lebih AS$420 bilion sejak pilihan raya pertengahan penggal pada 3 Nov, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan CNBC.

Kerugian itu berpunca daripada penjualan besar-besaran saham teknologi susulan kebimbangan pelabur terhadap penelitian lebih ketat ke atas syarikat-syarikat milik Musk, termasuk melalui siasatan kongres dan kawal selia yang lebih ketat susulan kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya berkenaan, menurut laporan itu pada Khamis.

Kekayaan bilionair itu dilaporkan merosot ke bawah paras AS$800 bilion berbanding AS$1 trilion pada Jun, namun beliau kekal sebagai individu terkaya di dunia.

Advertisement

Amerika Syarikat mengadakan pilihan raya kongres pertengahan penggal pada 3 Nov yang menyaksikan Parti Demokrat menguasai kedua-dua dewan. 

Di Texas, calon Demokrat dipilih sebagai gabenor buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun, manakala di Kansas, seorang wakil Demokrat terpilih ke Kongres buat kali pertama dalam 94 tahun.

Advertisement

Pada akhir Oktober, CNN memetik data Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan yang melaporkan Musk merupakan penderma terbesar dalam kitaran pilihan raya AS ketika ini, dengan menyumbang lebih AS$445 juta bagi pilihan raya pertengahan penggal itu. 

Pada Selasa, bilionair berkenaan telah menggesa rakyat Amerika untuk "mengundi merah" (merujuk kepada Parti Republikan).

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement