Skip to main content

Malaysia

Jangan pertikai peluang kaum lain, Bumiputera perlu sama-sama rebut peluang - Annuar

Annuar Rapaee mempertahankan dasar keterangkuman kerajaan Sarawak yang memberi peluang pendidikan kepada semua kaum sambil mengingatkan masyarakat bumiputera supaya tidak ketinggalan merebut manfaat tersebut. - Gambar FB Dr Annuar Rapaee
Annuar Rapaee mempertahankan dasar keterangkuman kerajaan Sarawak yang memberi peluang pendidikan kepada semua kaum sambil mengingatkan masyarakat bumiputera supaya tidak ketinggalan merebut manfaat tersebut. - Gambar FB Dr Annuar Rapaee
Advertisement

SIBU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Annuar Rapaee mempertahankan dasar keterangkuman kerajaan Sarawak yang memberi peluang pendidikan kepada semua kaum sambil mengingatkan masyarakat Bumiputera supaya tidak ketinggalan merebut manfaat tersebut. 

Beliau berkata, masyarakat Bumiputera tidak seharusnya mempersoalkan peluang diberikan pada kaum lain, sebaliknya perlu memastikan anak mereka memanfaatkan pendidikan dan pembangunan yang disediakan kerajaan negeri.

“Yang perlu kita risau bukannya peluang dibuka kepada orang lain. Yang patut kita risau ialah anak-anak Bumiputera kita tidak merebut kesempatan yang diberi itu.

Advertisement

“Di Sarawak setiap lapisan masyarakat akan diberi peluang selagi mereka mempunyai kelayakan sepatutnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra Bersama Pemuda Nangka, di sini, malam Jumaat.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, sepanjang 15 tahun mewakili kawasan berkenaan, beliau berpegang kepada prinsip bahawa tiada masyarakat harus dipinggirkan daripada pembangunan tanpa mengira latar belakang kaum.

Advertisement

Dalam pada itu, Dr Annuar mengakui tidak semua permasalahan rakyat dapat diselesaikan sepanjang tempoh perkhidmatannya, namun menegaskan setiap amanah diberikan akan terus dilaksanakan sedaya upaya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement