Skip to main content

Malaysia

P. Pinang pandang serius aktiviti tambak tanah, jual lot di kawasan jelapang padi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius sebarang aktiviti penambakan tanah, pembangunan atau penjualan lot yang tidak mematuhi peraturan, khususnya di kawasan jelapang padi yang menjadi aset strategik kepada keterjaminan makanan negeri. - Gambar Facebook YB Dato’ Haji Rashidi Zinol
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius sebarang aktiviti penambakan tanah, pembangunan atau penjualan lot yang tidak mematuhi peraturan, khususnya di kawasan jelapang padi yang menjadi aset strategik kepada keterjaminan makanan negeri. - Gambar Facebook YB Dato’ Haji Rashidi Zinol
Advertisement

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius sebarang aktiviti penambakan tanah, pembangunan atau penjualan lot yang tidak mematuhi peraturan, khususnya di kawasan jelapang padi yang menjadi aset strategik kepada keterjaminan makanan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol berkata, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ketika ini sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran.

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 19 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), kesalahan berkaitan boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

"Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran penjualan lot tanah sawah tanpa kelulusan perancangan. Semak dahulu dengan pihak berkuasa sebelum membuat sebarang pembelian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Rashidi berkata, kawasan jelapang padi bukan sekadar tanah pertanian tetapi sumber rezeki pesawah dan aset penting bagi menjamin bekalan makanan rakyat.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement