awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji sediakan 350 petugas terlatih kendali jemaah haji tahun ini

Nazam Yusuff
Nazam Yusuff
17/06/2016
09:50 MYT
Tabung Haji sediakan 350 petugas terlatih kendali jemaah haji tahun ini
Semua petugas terbabit diberi latihan dengan beberapa penekanan khusus melalui siri kursus yang diadakan sepanjang tahun sebelum bermulanya operasi haji. - Gambar Astro AWANI
Tabung Haji menyediakan 350 petugas terlatih untuk mengendalikan jemaah haji bagi musim 2016.
Bagi memastikan kelancaran mobiliti dan hal ehwal jemaah Malaysia, 250 petugas tambahan di Mekah, Jeddah dan Madinah turut ditempatkan untuk menyokong operasi Tabung Haji.
Menurut ketua rombongan haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Tabung Haji memperkemaskan perkhidmatannya dari aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan jemaah musim ini.
Semua petugas terbabit diberi latihan dengan beberapa penekanan khusus melalui siri kursus yang diadakan sepanjang tahun sebelum bermulanya operasi haji.
Dari aspek kesihatan, Tabung Haji meningkatkan perkhidmatan kesihatan di klinik yang tersedia di semua bangunan penginapan jemaah dan pusat rawatan Tabung Haji di Mekah dan Madinah.
Cuaca panas semasa musim haji kali ini dijangka mengundang risiko kesihatan kepada jemaah khususnya mereka yang berusia dan uzur.
Sementara itu, beberapa perkhidmatan lain turut disediakan.
Antaranya, kaunter khidmat pelanggan, pasukan peronda 24 jam di Masjidil Haram, khidmat nasihat dan bimbingan ibadah serta kaunter kaunselor berdaftar.
Topic Berkaitan
#Masjidil Haram
#Syed Saleh Syed Abdul Rahman
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan