awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiwan ketuai siasatan nahas pesawat TransAsia - ATR

Bernama
Bernama
04/02/2015
23:33 MYT
Taiwan ketuai siasatan nahas pesawat TransAsia - ATR
Nahas udara itu berlaku pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dekat lapangan Terbang Songshan di Taiwan. -Gambar fail
Syarikat pengeluar pesawat Perancis, ATR, telah mengesahkan sebuah pesawat ATR 72-600 yang digunakan oleh TransAsia Airways, Taiwan terlibat dalam nahas pada Rabu.
Nahas udara itu berlaku pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dekat lapangan Terbang Songshan di Taiwan.
Dalam satu kenyataan dari Toulouse, Perancis, ATR berkata penerbangan GE235 beroperasi di antara Taipei dan Kinmen dengan membawa 58 orang.
Pesawat itu, yang didaftarkan di bawah B-22816, ialah MSN (Manufacturing Serial Number) 1141.
Pada ketika ini, punca nahas belum diketahui dan masih dalam siasatan.
ATR berkata Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan akan mengetuai siasatan dan akan menjadi sumber rasmi maklumat.
Menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), ATR akan menasihatkan Bureau dEnquOtes et Analyses (BEA), pihak berkuasa keselamatan Perancis yang mewakili syarikat pengeluar pesawat.
ATR merakamkan simpati kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam nahas itu.
Laporan awal menyebut sekurang-kurangnya 23 orang terkorban selepas pesawat TransAsia Airways penerbangan GE235 terjunam ke dalam Sungai Keelung sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Songshan.
Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terselamat manakala 20 lagi masih hilang.
Topic Berkaitan
#GE235
#Kinmen
#Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan
#Manufacturing Serial Number
#Perancis
#Taipei
#TransAsia Airways
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan