TALIBAN merampas tiga lagi ibu kota wilayah di Afghanistan dan satu ibu pejabat tentera tempatan.

Ini melengkapkan kempen Taliban merampas wilayah di timur laut Afghanistan dan akan menumpukan kepada kempen baharu di kawasan lain.

Ia kini mengawal dua pertiga Afghanistan, ketika tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang memuktamadkan pengunduran.

Ketika ini ibu negara, Kabul masih belum diserang Taliban.

Namun, kepantasan Taliban menguasai wilayah ini menimbulkan persoalan kesediaan kerajaan Afghanistan menguruskan kawasan luar bandar selepas tentera Amerika Syarikat dan NATO berundur.

Tentera Amerika Syarikat dijangka melengkapkan pengunduran akhir bulan ini.

Menurut laporan, tentera Amerika Syarikat telah lakukan beberapa serangan udara, namun tiada operasi darat.

Pada Selasa Taliban menguasai dua wilayah di utara Afghanistan iaitu Pul-e-Khumri, ibu negara wilayah Baghlan dan bandar raya kota Faizabad, ibu negara wilayah Badakhshan.

BACA: Dua lagi bandar di Afghanistan jatuh ke tangan Taliban