awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tandas emas 18 karat rekaan seniman Itali bernilai jutaan dolar dilelong

Bernama
Bernama
01/11/2025
08:59 MYT
Tandas emas 18 karat rekaan seniman Itali bernilai jutaan dolar dilelong
Cattelan dikenali sebagai seniman yang terkenal dengan hasil seni konseptual dan provokatif. - AP
NEW YORK: Sebuah tandas emas rekaan seniman Itali, Maurizio Cattelan akan dilelong di New York pada November ini, umum Sotheby pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Tandas berkenaan diperbuat daripada emas 18 karat dan berfungsi sepenuhnya.
Harga permulaan lelongan akan ditentukan berdasarkan nilai semasa emas pada hari lelongan, menurut kenyataan institusi lelongan itu.
Cattelan menghasilkan dua versi karya itu pada 2016 dan menamakannya "America."
Satu daripadanya pernah dipamerkan di Muzium Guggenheim, New York, sebelum dicuri pada 2019 dari Istana Blenheim di England ketika karya itu dipinjamkan untuk pameran.
Versi kedua dijual kepada seorang pengumpul persendirian, yang kini bakal melelongnya.
Cattelan dikenali sebagai seniman yang terkenal dengan hasil seni konseptual dan provokatif.
Tahun lalu, sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat juga hasil karyanya dijual pada harga AS$6.2 juta di New York.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seniman itali
#mauriziocattelan
#mangkuk tandas emas
#18 karat
#America
#lelongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan