awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif AS boleh lumpuhkan perdagangan - Perunding EU

Bernama
Bernama
14/07/2025
14:13 MYT
Tarif AS boleh lumpuhkan perdagangan - Perunding EU
EU menunjukkan "kesabaran yang luar biasa, serta kreativiti yang tinggi dalam mencari penyelesaian" bersama AS. - AP
BRUSSELS: Tarif 30 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas import dari Kesatuan Eropah (EU) bakal memberi kesan serius kepada perdagangan rentas Atlantik dan rantaian bekalan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik ketua perunding perdagangan EU.
"Akan berlaku impak besar terhadap perdagangan. Hampir mustahil untuk meneruskan perdagangan seperti yang biasa kita amalkan dalam hubungan rentas Atlantik," kata Pesuruhjaya Perdagangan EU, Maros Sefcovic, merujuk kepada cadangan kenaikan tarif yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.
"Ia menghalang perdagangan," tegas Sefcovic, yang mengetuai pasukan perunding EU dalam pertikaian perdagangan dengan Washington.
"Rantaian bekalan rentas Atlantik akan terjejas teruk di kedua-dua belah Atlantik," katanya, sambil menyatakan AS sendiri tidak mahu senario sedemikian.
Beliau berkata EU menunjukkan "kesabaran yang luar biasa, serta kreativiti yang tinggi dalam mencari penyelesaian" bersama AS.
Pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pengenaan tarif tambahan dibuat ketika perunding EU berharap satu perjanjian dengan Washington hampir dicapai.
Walaupun berasa kecewa, Sefcovic masih berusaha untuk mendapatkan penyelesaian melalui rundingan dan mengumumkan perbincangan baharu dengan rakan sejawatannya dari AS akan berlangsung pada Isnin.
"Saya tidak boleh bayangkan untuk berundur tanpa usaha yang bersungguh-sungguh," katanya lagi.
Sefcovic kini menghadiri mesyuarat menteri perdagangan EU di Brussels. Beliau berkata kemungkinan langkah balas akan turut dibincangkan bersama menteri berkenaan sekiranya rundingan dengan AS menemui kegagalan.
Trump baru-baru ini turut menghantar pelbagai surat kepada pemimpin asing bagi memaklumkan mengenai tarif tinggi baharu yang akan dikenakan ke atas barangan mereka mulai 1 Ogos. Beliau juga mengumumkan tarif 30 peratus ke atas Mexico pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, beliau melanjutkan tempoh penangguhan selama 90 hari ke atas tarif timbal balik yang diumumkan pada 2 April lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif
#Kesatuan Eropah
#EU
#Amerika Syarikat
#perdagangan
#Maros Sefcovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan