awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Doksuri badai Filipina, 1 maut, lebih 11,000 hilang tempat tinggal

Bernama
Bernama
26/07/2023
09:51 MYT
Taufan Doksuri badai Filipina, 1 maut, lebih 11,000 hilang tempat tinggal
Jurucakap agensi bencana negara, Edgardo Posadas, berkata Doksuri menyebabkan bekalan elektrik terputus, pokok tumbang dan rumah rosak. - Gambar/ Reuters
MANILA: Taufan Doksuri yang membadai utara Filipina pada Rabu, dengan hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 11,000 hilang tempat tinggal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Doksuri mendarat di Pulau Fuga di luar wilayah utara Cagayan sebelum subuh, membawa angin berkelajuan maksimum 175 kilometer sejam (kph) dan tiupan sehingga 240 kph.
Jurucakap agensi bencana negara, Edgardo Posadas, berkata Doksuri menyebabkan bekalan elektrik terputus, pokok tumbang dan rumah rosak.
Seorang dilaporkan mati lemas di wilayah Rizal, timur Manila, manakala dua yang lain cedera akibat banjir kilat.
Puluhan penerbangan domestik dibatalkan, manakala perjalanan laut di kawasan terjejas digantung, menyebabkan 4,600 orang terkandas di pelabuhan
Menurut biro cuaca, angin kencang yang boleh mengancam nyawa dijangka berterusan di (utara Filipina) dalam tempoh enam jam akan datang.
Kekuatan Doksuri dijangka lemah sedikit apabila bertiup keluar dari Filipina pada Khamis. Taufan itu diramal menyeberangi Selat Taiwan dan mendarat di sekitar Fujian, China pada Jumaat.
Kepulauan Filipina dilanda purata 20 siklon tropika setiap tahun.
Taufan paling kuat pernah melanda ialah Taufan Super Haiyan pada November 2013, membunuh 6,300 orang dan menyebabkan lebih empat juta hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan Doksuri
#Filipina
#angka korban
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan