awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Florence: Mangsa banjir North Carolina mula diselamatkan

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2018
22:42 MYT
Taufan Florence: Mangsa banjir North Carolina mula diselamatkan
Sebuah kereta melalui jalan di mana sebatang pokok tumbang menghalang jalan susulan kejadian Taufan Florence di Wilmington, North Carolina, 14 Sept, 2018. REUTERS
Lebih 200 mangsa banjir di North Carolina diselamatkan pasukan penyelamat susulan taufan Florence melanda kawasan New Bern.
Kesan daripada Florence menyebabkan paras air di sungai utama, Sungai Neuse, meningkat, sekali gus mengakibatkan bandar bersejarah itu digenangi air banjir.
Datuk Bandar Dana Outlaw berkata, hampir 30,000 penduduk New Bern terjejas dan cuba mendapatkan bantuan pihak berkuasa.
Saluran yang digunakan mereka adalah sama ada secara tradisional melalui telefon atau platform media sosial.
Terdahulu, penduduk di kawasan itu dihantui trauma apabila berlaku banjir kilat sebelum kedatangan Florence.
Sebagai persediaan awal, seramai 9,700 anggota tentera tempatan dengan dibantu orang awam digembeleng menggunakan helikopter dan bot untuk mengeluarkan mangsa-mangsa banjir.
Semasa berdepan ancaman Florence, pihak berkuasa berkata, 1.7 juta penduduk North Carolina dan Virginia diberi amaran untuk berpindah awal sebagai langkah berjaga-jaga.
Topic Berkaitan
#banjir
#florence
#mangsa
#mangsa banjir
#media sosial
#North Carolina
#taufan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan