awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Gamane: Madagascar isytihar bencana negara

Bernama
Bernama
05/04/2024
10:38 MYT
Taufan Gamane: Madagascar isytihar bencana negara
Jumlah penduduk yang terjejas akibat angin puting beliung itu mencecah 90,000 orang manakala infrastruktur awam rosak teruk. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Kerajaan Madagascar mengisytiharkan bencana negara berikutan kerosakan akibat taufan tropika Gamane, yang membadai pulau itu pada akhir Mac, lapor Sputnik.
"Terdapat semua keadaan untuk mengisytiharkan keadaan bencana negara dan kerajaan telah memutuskan untuk berbuat demikian," menurut kenyataan kerajaan dipetik oleh saluran berita Madagascar 2424.
Jumlah penduduk yang terjejas akibat angin puting beliung itu mencecah 90,000 orang manakala infrastruktur awam rosak teruk, lapor media.
Rejim bencana negara berkenaan akan membolehkan negara itu meminta masyarakat antarabangsa untuk menyertai usaha menangani kesan selepas Siklon Gamane, tambah saluran berita itu.
Akhir Mac lepas, Siklon Gamane melanda negara pulau itu, membawa angin kencang dan hujan lebat ke kawasan utara dan timur negara berkenaan. Sehingga 1 April, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan empat masih hilang, tiga cedera dan lebih 24,000 orang dipindahkan akibat bencana itu, kata Pejabat Kebangsaan Pengurusan Risiko dan Bencana. Kebanyakan mangsa taufan itu dilaporkan lemas atau dihanyutkan arus deras di perairan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Madagascar
#taufan Gamane
#bencana negara
#siklon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan