awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Kajiki landa kepulauan Hainan

Agensi
Agensi
25/08/2025
05:40 MYT
Taufan Kajiki landa kepulauan Hainan
Susulan perubahan arah angin ke Vietnam, pihak berkuasa Hainan menurunkan tahap kecemasan kepada Tahap 3. - fotoREUTERS
SANYA: Taufan Kajiki melanda kepulauan Hainan di selatan China pagi Isnin, menyebabkan banyak pokok tumbang, gangguan bekalan elektrik dan operasi kecemasan digerakkan di beberapa kawasan terjejas.

Ringkasan AI
  • Taufan Kajiki melanda Hainan, China pada pagi Isnin menyebabkan pokok tumbang, gangguan elektrik dan operasi kecemasan digerakkan, terutama di bandar Sanya yang paling terjejas.
  • Susulan perubahan arah angin ke Vietnam, pihak berkuasa Hainan menurunkan tahap kecemasan kepada Tahap 3, manakala Vietnam melaksanakan langkah berjaga-jaga termasuk penutupan lapangan terbang, penangguhan sekolah dan pemindahan ribuan penduduk.
  • Kajiki dijangka membadai Vietnam pada sebelah petang dan berpotensi menjadi antara ribut paling kuat melanda negara itu tahun ini.

Rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan, CCTV, memaparkan pasukan penyelamat bertungkus-lumus membersihkan sisa pokok tumbang serta membaiki talian elektrik yang rosak di bandar peranginan Sanya, antara lokasi paling terjejas akibat ribut tersebut.
Susulan perubahan arah angin yang kini bergerak ke arah Vietnam, pihak berkuasa Hainan menurunkan tahap tindak balas kecemasan daripada Tahap 1 kepada Tahap 3 pada pagi Isnin, menandakan keadaan semakin terkawal.
Namun, amaran ribut kini beralih ke Vietnam yang dijangka menerima impak paling kuat daripada Kajiki.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa Vietnam telah menutup lapangan terbang, menangguhkan sesi persekolahan dan melaksanakan pemindahan besar-besaran melibatkan ribuan penduduk di kawasan berisiko tinggi.
Kajiki dijangka membadai Vietnam pada sebelah petang, menjadikannya antara ribut paling kuat yang melanda negara itu tahun ini.
Jabatan Meteorologi Thailand turut menjangkakan ribut petir bakal melanda bahagian timur laut (termasuk Chiang Rai dan Chiang Mai) dan selatan Thailand (termasuk Krabi) dengan taburan hujan tinggi mulai minggu ini.
Pertengahan minggu ini, beberapa bahagian di Thailand termasukBangkok, Kanchanaburi serta Phuket dan Ranong di selatan Thailand.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#Vietnam
#kepulauan Hainan
#taufan kajiki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan