awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Melissa: Hospital Black River alami kerosakan teruk

Agensi
Agensi
31/10/2025
01:10 MYT
Taufan Melissa: Hospital Black River alami kerosakan teruk
Hospital Black River di St Elizabeth Parish dilaporkan mengalami kerosakan teruk selepas Taufan Melissa melanda pada Khamis, menyebabkan bumbung tercabut, wad dinaiki air serta gangguan bekalan elektrik dan air. - Gambar Reuters
ST ELIZABETH PARISH: Hospital Black River di St Elizabeth Parish dilaporkan mengalami kerosakan teruk selepas Taufan Melissa melanda pada Khamis, menyebabkan bumbung tercabut, wad dinaiki air serta gangguan bekalan elektrik dan air.
Rakaman dron menunjukkan lubang besar pada bumbung wad pediatrik serta koridor yang dipenuhi serpihan.
Dr Janna Simpson dari Jabatan Kecemasan dan Kemalangan menggambarkan bagaimana pesakit dipindahkan antara tingkat apabila siling runtuh dan air banjir melimpah ke kawasan kecemasan.
“Kami cuba mengosongkan hospital secepat mungkin,” katanya.
Dalam pada itu, penyelia pentadbiran hospital, Oneil Brown berkata, komunikasi terputus dan kakitangan terpaksa bekerja tanpa sebarang berita daripada keluarga mereka sendiri.
Dalam masa sama, disebabkan hospital tidak lagi berfungsi, kes-kes kecemasan telah dialihkan ke fasiliti lain, yang dijangka menambah tekanan kepada hospital di Kingston dan Mandeville.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa Taufan Melissa melanda kawasan barat daya Jamaica sebagai taufan kategori lima, menyebabkan sekurang-kurangnya empat kematian di pulau itu.
Di Haiti, sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan maut selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari. - Agensi
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#hujan lebat
#Hospital Black River
#St Elizabeth Parish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan