awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ragasa paksa pembatalan penerbangan di seluruh Asia, amaran tertinggi dikeluarkan

Bernama
Bernama
23/09/2025
12:00 MYT
Taufan Ragasa paksa pembatalan penerbangan di seluruh Asia, amaran tertinggi dikeluarkan
Taufan Super Ragasa menyebabkan gangguan besar penerbangan di seluruh Asia ketika ia membadai Laut China Selatan dengan syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific pada Selasa memaklumkan lebih 500 penerbangan dibatalkan. - Foto REUTERS/Edmond Ng
BEIJING: Taufan Super Ragasa menyebabkan gangguan besar penerbangan di seluruh Asia ketika ia membadai Laut China Selatan dengan syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific pada Selasa memaklumkan lebih 500 penerbangan dibatalkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Syarikat penerbangan lain turut membatalkan banyak penerbangan, dengan impak paling teruk terhadap perjalanan udara dijangka pada Rabu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, hab utama bagi penerbangan ke seluruh Asia serta ke Australia dan New Zealand secara teknikalnya akan terus beroperasi semasa ribut itu.
Namun, pegawai lapangan terbang memberi amaran mengenai "gangguan besar" terhadap operasi penerbangan dan menasihatkan penumpang menyemak status penerbangan terus dengan syarikat penerbangan.
Satu kawasan khas turut disediakan di lapangan terbang itu untuk menempatkan penumpang yang terkandas.
Pihak berkuasa di wilayah Fujian, Guangdong dan Hainan di China telah mengeluarkan amaran taufan tertinggi berikutan kebimbangan terhadap potensi impak ribut itu yang melangkaui sektor penerbangan.
Agensi cuaca kebangsaan China meramalkan Ragasa akan mendarat di Guangdong pada Rabu sebelum bergerak ke arah barat di sepanjang pantai dan beransur lemah.
Pada Selasa, ribut itu yang bergerak pada kelajuan 20 hingga 25 kilometer (km) sejam ke arah China, membawa angin kencang sekitar 200 km/j, dengan tiupan angin yang jauh lebih kencang.
Ragasa ialah taufan ke-18 dalam musim Pasifik dan ketika ini dikategorikan sebagai taufan super, iaitu kategori paling kuat.
Ragasa sebelum ini melanda Taiwan dengan hujan lebat dan membadai utara Filipina pada Isnin.
Pihak berkuasa Filipina melaporkan sekurang-kurangnya seorang maut dan kira-kira 25,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka, manakala sekolah serta pejabat kerajaan ditutup.
Taiwan pula melaporkan 25 kecederaan berkaitan ribut antara Isnin dan Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Super Ragasa
#penerbangan batal
#Asia
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan