DUNIA
Taufan Wipha: China aktifkan tindakan kecemasan banjir tahap IV di Fujian

China menggunakan sistem tindak balas kecemasan empat peringkat, dengan Tahap I sebagai tahap paling kritikal. - Gambar/ AP
FUZHOU: Wilayah Fujian di timur China mengaktifkan tindak balas kecemasan banjir Tahap IV pada 8 pagi Isnin ketika Taufan Wipha semakin menghampiri, menurut ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah itu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Wilayah Fujian di China mengaktifkan tindak balas kecemasan banjir Tahap IV susulan hujan lebat akibat pengaruh Taufan Wipha yang menghampiri, dengan amaran cuaca buruk dijangka berterusan selama tiga hari.
- Pihak berkuasa mengarahkan semua jabatan berkaitan untuk mempertingkat pemantauan, amaran awal dan langkah pencegahan terhadap risiko banjir kilat, limpahan air bandar serta kejadian geologi di kawasan terjejas.
- Taufan Wipha membuat pendaratan kedua di Pulau Hailing, Guangdong sebagai ribut tropika kuat dengan kelajuan angin maksimum 25 meter sesaat; China menggunakan sistem tindak balas empat peringkat dengan Tahap I sebagai paling kritikal.
Ibu pejabat itu menggesa semua pihak meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap cuaca buruk. Semua kawasan dan jabatan berkaitan dikehendaki mengaktifkan atau menyesuaikan langkah tindak balas kecemasan secara segera sambil mempertingkat pemantauan, amaran awal dan konsultasi bersama bagi penilaian risiko.
Mereka turut diarahkan untuk merancang dan melaksanakan langkah pencegahan serta tindak balas secara menyeluruh terhadap bencana hujan lebat dan ancaman sekunder seperti banjir kilat di kawasan pergunungan, banjir sungai kecil dan sederhana, kejadian geologi serta limpahan air bandar.
Taufan Wipha membuat pendaratan kali kedua berhampiran Pulau Hailing di Yangjiang, wilayah Guangdong di selatan China, sekitar 8.15 malam Ahad sebagai ribut tropika kuat, membawa kelajuan angin maksimum 25 meter sesaat berhampiran pusatnya, menurut pemerhati meteorologi wilayah itu.
China menggunakan sistem tindak balas kecemasan empat peringkat, dengan Tahap I sebagai tahap paling kritikal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami