awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO

Agensi
Agensi
18/01/2025
23:30 MYT
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Tedros Adhanom memuji gencatan senjata dan perjanjian tebusan antara Israel dan Hamas sebagai satu “harapan besar” bagi mereka yang ditahan di kedua-dua pihak, namun menegaskan, mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan “kompleks.” - Gambar fail
KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji gencatan senjata dan perjanjian tebusan antara Israel dan Hamas sebagai satu “harapan besar” bagi mereka yang ditahan di kedua-dua pihak, namun menegaskan, mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan “kompleks” yang boleh berlarutan selama bertahun.
“Perjanjian gencatan senjata ini menawarkan harapan besar bahawa tebusan Israel akan dibebaskan selepas lebih 450 hari di Gaza,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam hantaran di X pada Sabtu.
“Saya telah bertemu ramai ahli keluarga mereka dan beberapa yang telah dibebaskan sebelum ini - mereka semua telah menderita terlalu lama. Kita meratapi mereka yang meninggal dunia semasa dalam tahanan.”
Beliau menambah, perjanjian itu juga memberi harapan kepada banduan Palestin di Israel, sambil menyatakan bahawa mereka yang ditahan di kedua-dua pihak kemungkinan besar telah menghadapi dan akan terus menghadapi, cabaran kesihatan “kompleks” yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diatasi.
Dalam fasa enam minggu pertama perjanjian itu, 33 rakyat Israel yang diculik oleh Hamas pada 7 Oktober 2023 dan ditahan lebih setahun akhirnya akan pulang ke rumah.
Di Pusat Perubatan Sourasky Tel Aviv (Ichilov), sebuah wad keseluruhan telah dikosongkan dan diubah suai untuk menerima tebusan.
Komplikasi perubatan yang dijangka dialami oleh para tebusan termasuk kekurangan zat makanan, sensitiviti kepada cahaya dan trauma psikologi.
Eli Sprecher, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Tel Aviv, memberitahu CNN satu pasukan khas juga telah ditubuhkan untuk menangani isu keganasan seksual dan berasaskan jantina, dengan kakitangan bersedia menjalankan semua ujian dan saringan yang diperlukan. - CNN
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tebusan Israel
#banduan Palestin
#gencatan senjata
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan