Skip to main content

Dunia

Tehran tegaskan bebas guna dana beku, tidak terikat syarat AS

41750238481_EsmaeilBaghaeiHama.jpg
Esmaeil Baghaei (foto) berkata sekatan serta tekanan yang dikenakan sebelum ini bertujuan menjejaskan kekuatan negara itu. -Gambar fail
Advertisement

TEHRAN: Kerajaan Iran menegaskan negara itu akan membelanjakan dana yang dilepaskan daripada pembekuan mengikut keperluan sendiri, sekali gus menepis dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa wang tersebut hanya akan digunakan untuk membeli produk pertanian dari AS.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata sekatan serta tekanan yang dikenakan sebelum ini bertujuan menjejaskan kekuatan negara itu.

Beliau berkata naratif tersebut kini dilihat berubah kepada usaha memberi manfaat kepada petani AS melalui penggunaan aset Iran yang dibekukan.

Baghaei turut menjelaskan Iran tidak berdepan sebarang sekatan atau kekangan dalam menentukan bagaimana dana bernilai berbilion dolar itu akan digunakan.

“Kesemua aset kami akan digunakan dengan kebebasan mutlak berdasarkan keperluan negara,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan itu dibuat susulan rundingan damai AS-Iran di Switzerland yang menyaksikan pelepasan sebahagian dana beku milik Tehran.

Pada masa sama, pihak pentadbiran AS sebelum ini memberi gambaran bahawa penggunaan dana tersebut akan dikawal selia bagi tujuan import barangan tertentu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian Iran untuk mempertahankan kedaulatan ekonomi negara, di samping memastikan dana yang diperoleh dapat menyokong pasaran domestik tanpa terikat dengan syarat pihak luar di Washington.

Must Watch Video

Advertisement