Skip to main content
Advertisement

Dunia

Tehran tunggu respons rasmi AS selepas Trump tolak pelan Hormuz

Vessels near the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, August 17, 2026. REUTERS/Stringer
Araghchi menyatakan Selat Hormuz boleh dibuka semula serta operasi perkapalan dipulihkan dalam tempoh seminggu sekiranya syarat tertentu yang dipersetujui kedua-dua pihak dipenuhi. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

TEHRAN: Iran masih menunggu respons rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung cadangannya untuk membuka semula Selat Hormuz, menurut Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump, menolak pelan Iran yang mencadangkan pembukaan semula laluan perkapalan strategik itu dalam tempoh tujuh hari.

Trump dilaporkan berkata cadangan berkenaan tidak boleh diterima dan mendakwa Iran kini berada dalam keadaan tertekan susulan konflik yang berterusan di rantau tersebut.

Sebelum ini, Araghchi menyatakan Selat Hormuz boleh dibuka semula serta operasi perkapalan dipulihkan dalam tempoh seminggu sekiranya syarat tertentu yang dipersetujui kedua-dua pihak dipenuhi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berkata Tehran semakin hilang kepercayaan terhadap rundingan dengan Washington.

Dalam wawancara dengan Al Jazeera, beliau mendakwa setiap pusingan rundingan yang berlangsung sebelum ini sering diikuti dengan serangan ketenteraan baharu dan penguatkuasaan sekatan tambahan terhadap Iran.

Menurut Pezeshkian, keadaan itu menyukarkan usaha membina keyakinan antara kedua-dua negara untuk mencapai penyelesaian diplomatik yang berkekalan.

Ketegangan antara Tehran dan Washington terus meningkat sejak konflik yang tercetus awal tahun ini, termasuk penutupan Selat Hormuz yang menjadi laluan utama bagi perdagangan minyak dan gas dunia.

Penutupan laluan strategik itu telah menjejaskan perkapalan antarabangsa dan mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga global.

 

 

Must Watch Video

Advertisement