INTERNATIONAL
Telur tercemar Eropah dah sampai Hong Kong!

Suatu skandal telur tercemar yang bermula di Belanda pada akhir Julai, kini telah merebak ke Hong Kong.
Skandal telur tercemar yang bermula di Belanda pada akhir Julai lalu, kini telah merebak ke negara Asia.
Terbaharu, terdapat sebahagian telur yang diimport dari Belanda dan dijual di Hong Kong disahkan mengandungi racun penyembur serangga (insecticide) dan pada tahap yang tidak selamat.
Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong berkata pada minggu lalu, dua sampel telur Belanda yang diuji, didapati mengandungi Fipronil, sejenis bahan kimia kawalan makhluk perosak yang sangat beracun dan pada kadar yang sangat tinggi.

Telur tercemar
Setakat ini, 15 buah negara Kesatuan Eropah (EU), telah menerima telur-telur tercemar itu.Ekoran kejadian itu, berjuta-juta telur dan produk berasaskan telur telah ditarik dari rak pasar raya di
Eropah.
Fipronil biasanya digunakan untuk menghilangkan kutu dari haiwan tetapi diharamkan oleh Kesatuan Eropah daripada penggunaannya dalam industri makanan.
Statistik rasmi menunjukkan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, Hong Kong telah mengimport kira-kira 927,000 telur dari Belanda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami