DUNIA
AS tembak jatuh 'objek altitud tinggi' di Alaska

John Kirby bercakap pada sidang media di White House, Washington, Amerika Syarikat, 10 Feb 2023. REUTERS
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah menembak jatuh "objek altitud tinggi" di atas ruang udara Alaska.
Jabatan Pertahanan menjejaki objek di ruang udara Alaska dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih John Kirby semasa taklimat akhbar harian pada Jumaat.
"Objek itu terbang pada ketinggian 40,000 kaki dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan penerbangan awam," katanya.
Beliau berkata atas nasihat Pentagon, Presiden AS Joe Biden mengarahkan tentera untuk menembak objek itu."Kami tidak pasti...Kami juga tidak mempunyai sebarang maklumat yang mengesahkan tujuan objek itu," tambah Kirby.
Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas AS menembak jatuh belon pengawasan yang disyaki kepunyaan China yang dikesan di ruang udara di Carolina Selatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami