awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Australia yang disemadi di Malaysia digesa dibawa balik

Bernama
Bernama
20/02/2015
12:21 MYT
Tentera Australia yang disemadi di Malaysia digesa dibawa balik
DAVID: Kita mempunyai tanggungjawab kepada mereka yang telah berkorban untuk negara kita.
Parti pembangkang Australia, Labor Party menyokong saranan para veteran perang negara itu yang mahukan tentera Australia yang mati dalam perang di Vietnam dan disemadi di Kem Terendak, Melaka dibawa pulang.
"Kita mempunyai tanggungjawab kepada mereka yang telah berkorban untuk negara kita. Sudah masanya keadaan diperbetulkan," kata jurucakap pertahanan Labor, David Feeney dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Labor Party menyokong kempen pertubuhan veteran Vietnam agar kerajaan Australia membawa pulang 24 tentera Australia yang disemadi di Terendak.
Anggota tentera berkenaan dikebumikan di Malaysia di bawah polisi untuk mengkebumikan tentera yang mati berperang, di negara Komanwel terdekat, melainkan keluarga mereka bersetuju untuk membayar bagi penghantaran balik mayat anggota tersebut.
Berikutan desakan pada 1966, kerajaan bersetuju untuk membiayai urusan penghantaran balik mayat sekiranya mendapat permintaan keluarga anggota terbabit.
Feeney berkata Terendak bukan merupakan tanah perkuburan perang Komanwel dan para veteran begitu prihatian dengan kawasannya yang tidak dijaga rapi dan sukar untuk para keluarga melawatnya. - Neville D''Cruz
Topic Berkaitan
#Australia
#David Feeney
#Kem Terendah
#Labor Party
#veteran perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan