Skip to main content

Dunia

Tentera AS bantu lebih 800 kapal melalui Selat Hormuz sejak Mei - CENTCOM

FILE PHOTO: A drone view of vessels anchored in the Strait of Hormuz as seen from Musandam, Oman, June 8, 2026. REUTERS/Stringer/File Photo
Tentera Amerika Syarikat berkata, pasukannya membantu memastikan laluan selamat lebih 800 kapal dagang yang melalui Selat Hormuz sejak awal Mei. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berkata, pasukannya membantu memastikan laluan selamat lebih 800 kapal dagang yang melalui Selat Hormuz sejak awal Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sejak awal Mei, pasukan AS membantu melancarkan perjalanan lebih 800 kapal dagang serta penghantaran 380 juta tong minyak mentah melalui laluan perdagangan antarabangsa yang penting itu,” menurut Komando Pusat AS (CENTCOM) menerusi hantaran di platform media sosial X milik AS.

Perkembangan itu berlaku ketika gencatan senjata yang rapuh antara AS dan Iran berdepan tekanan baharu. 

Meskipun keadaan tidak menentu, pergerakan kapal melalui laluan perairan berkenaan terus berlangsung.

Iran dan AS saling melancarkan serangan sejak dua hari lepas susulan peningkatan ketegangan.

Iran pada Khamis melancarkan beberapa serangan ke atas infrastruktur ketenteraan AS di Bahrain, Kuwait, Qatar dan Jordan sebagai tindakan balas terhadap serangan AS untuk hari kedua berturut-turut.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement