awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Bashar rampas bantuan perubatan PBB

Syria Care
Syria Care
06/03/2018
08:26 MYT
Tentera Bashar rampas bantuan perubatan PBB
Setakat ini, berpuluh-puluh trak dilapor telah berjaya memasuki Douma. - Foto Syria Care
Tentera rejim Bashar al Assad dilapor membawa keluar lebih 70 peratus bantuan peralatan perubatan yang dibawa konvoi kemanusiaan ke timur Ghoutah.
Kejadian itu disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya pada Isnin.
"Semua peralatan penting, pembedahan, dialisis dan insulin telah ditolak oleh pihak keselamatan," kata WHO melalui e-mel yang dihantar kepada agensi berita Reuters.
Katanya, kesemua peralatan penting itu telah dipunggah ketika pemeriksaan dibuat.
Setakat ini, berpuluh-puluh trak dilapor telah berjaya memasuki Douma.
Salah seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyertai misi penghantaran kemanusiaan bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana ia telah dicabul rejim Bashar dan konco-konconya.
Mengikut persetujuan yang dicapai pada Ahad lalu, Damsyik dikatakan telah menyatakan persetujuan bahawa proses penghantaran dibuat dalam keadaan aman.
Ketika konvoi berkenaan menghala ke kawasan di timur Ghoutah semalam, tentera rejim dan sekutunya berterusan melancarkan serangan sehingga mengorban sekurang-kurangnya 68 nyawa orang awam.
"Kita perlu memastikan bahawa kita boleh menghantar bantuan kemanusiaan dalam keadaan yang baik," kata pegawai PBB, Ali al-Zatari kepada Reuters.
Sehingga Selasa, lebih 709 jiwa menjadi korban pembunuhan Bashar dan konco-konconya sepanjang siri serangan udara dan pengeboman besar-besaran di buat ke atas kawasan berkenaan, sejak awal Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Bashar al-Assad
#Douma
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Syria
#Syria Care
#Timur Ghoutah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan