awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel bunuh 24 rakyat Palestin sedang menunggu bantuan di Rafah

Bernama
Bernama
03/06/2025
10:30 MYT
Tentera Israel bunuh 24 rakyat Palestin sedang menunggu bantuan di Rafah
Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan ramai mangsa masih dalam keadaan kritikal, dan jumlah kematian boleh bertambah. - Foto Reuters
ANKARA: Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan tentera Israel awal pagi Selasa yang menyasarkan orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di sebuah tapak agihan bantuan yang ditetapkan oleh Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Serangan terhadap rakyat Palestin di Rafah: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan puluhan cedera dalam serangan tentera Israel di tapak agihan bantuan kemanusiaan yang ditetapkan oleh Israel.
  • Angka korban dijangka meningkat: Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan ramai mangsa masih dalam keadaan kritikal, dan jumlah kematian boleh bertambah.
  • Mekanisme bantuan berisiko: Serangan ini adalah insiden maut terbaharu terhadap rakyat Palestin, walaupun mekanisme agihan bantuan oleh Israel telah diperkenalkan sejak 27 Mei.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata kematian berlaku di kawasan "Al-Alam" di Rafah, tempat penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berkumpul untuk menerima bantuan, sambil memaklumkan bahawa angka korban itu adalah awal kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian itu merupakan insiden maut terbaru membabitkan tentera Israel yang menyasarkan rakyat Palestin ketika mereka cuba mendapatkan bantuan melalui mekanisme agihan bantuan yang diperkenalkan oleh Israel dan berkuat kuasa pada 27 Mei.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#bantuan kemanusiaan
#Rafah
#Gaza
#Palestin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami