NABLUS: Episod kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin seolah tiada penghujung, malah semakin menjadi-jadi apabila mereka turut melepaskan anjing terlatih untuk memburu dan mencederakan sesiapa saja termasuk kanak-kanak dan orang tua.
Ibrahim Jamal Hashash, 3, cedera parah pada badan dan kepala akibat digigit anjing tentera Israel dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kem Balata yang terletak di Nablus, Tebing Barat.
Kanak-kanak malang itu kini terlantar di hospital kerajaan Rafidia.
Menceritakan detik cemas itu, ibunya Amani Hashash berkata sebaik pintu rumah dirobohkan, anjing tentera terus menerpanya dan menggigit anaknya yang ketika itu dalam dukungannya sebelum menyeretnya ke luar rumah.
"Saya dan anak-anak yang lain cuba menghalang anjing itu, namun sia-sia", katanya tentera Israel langsung tiada belas kasihan apabila hanya membiarkan sahaja anjing itu terus menggigit dan menyerang Ibrahim tanpa henti.
"Suara jeritan dan tangisannya tidak akan saya lupakan", katanya kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Pakar Pembedahan Pediatrik di Hospital Rafidia, Dr Abdel Nasser Bani Odeh berkata keadaan Ibrahim adalah stabil setakat ini namun perlu dipantau rapi oleh doktor khas.
"Gigitan anjing boleh menyebabkan keradangan kulit atau kecederaan pada tisu, kadang kala ia memerlukan pemindahan kulit, bergantung kepada kedalaman kecederaan", katanya pasukan perubatan akan sedaya upaya membantu pesakit walaupun dalam keadaan kekurangan alatan dan bekalan ubat.
Keganasan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt telah meragut lebih 27,800 nyawa, manakala 67,300 lagi cedera dan ribuan lagi gagal dikesan.
--BERNAMA-WAFA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Tentera Israel melepaskan anjing terlatih untuk memburu dan mencederakan sesiapa saja termasuk kanak-kanak dan orang tua. -Gambar fail/X Quds News Network @QudsNen
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu
Mohamad memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.