awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Laut India bantu kapal terbakar terkena peluru berpandu Yaman

Bernama
Bernama
27/01/2024
14:11 MYT
Tentera Laut India bantu kapal terbakar terkena peluru berpandu Yaman
Peluru berpandu balistik anti-kapal itu mengenai kapal tangki produk petroleum Marlin Luanda di Teluk Aden pada Jumaat. - AP
NEW DELHI: Tentera Laut India pada Sabtu berkata pasukannya membantu kapal dagang terbakar selepas serangan peluru berpandu oleh angkatan bersenjata Houthi Yaman.
Peluru berpandu balistik anti-kapal itu mengenai kapal tangki produk petroleum Marlin Luanda di Teluk Aden pada Jumaat
Usaha memadam kebakaran di atas kapal itu "dibantu oleh pasukan pertahanan NBCD (nuklear, biologi dan kimia)" bersama-sama peralatan memadam kebakaran milik kapal pemusnah peluru berpandu INS Visakhapatnam bagi membantu anak kapal malang itu, menurut Tentera Laut India.
Menurutnya kapal itu membawa 22 anak kapal warga India dan seorang warga Bangladesh
Kapal itu dikendalikan oleh Oceonix Services Ltd, sebuah syarikat berdaftar di UK, bagi pihak syarikat perdagangan komoditi Trafigura dan berlayar dengan bendera Kepulauan Marshall.
Angkatan bersenjata Yaman yang disokong Iran pada Jumaat berkata ia melakukan serangan ke atas kapal tangki itu sebagai sebahagian daripada sekatan laut terhadap Israel.
Pasukan itu mahu meluaskan operasi ketenteraannya sebagai tindak balas terhadap serangan AS-British di Yaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera laut india
#kapal terbakar
#Houthi
#Yaman
#Teluk Aden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan