DUBLIN: Sebuah pesawat tentera udara Ireland tiba di pangkalan tentera Casement Aerodrome Baldonnel di Dublin pada Ahad, 10 Mei, membawa dua individu disyaki positif hantavirus yang dipindahkan dari berhampiran Tenerife, menurut data penjejakan penerbangan dan laporan tempatan, lapor Anadolu Ajansi.
Jet Dassault Falcon 6X terbang dari Kepulauan Canary ke Ireland sebagai sebahagian operasi pemindahan perubatan antarabangsa yang dikaitkan dengan kapal MV Hondius.
Pihak berkuasa kesihatan dan kecemasan Ireland tidak mengeluarkan butiran mengenai keadaan pesakit selepas ketibaan pesawat berkenaan di lapangan terbang tentera pada petang Ahad.
Operasi pemindahan itu berikutan kes disyaki hantavirus yang dilaporkan di atas kapal berhampiran Tenerife.
-- BERNAMA-ANADOLU