awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
Trump umum penubuhan ‘Lembaga Keamanan’ untuk Gaza
Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Ditemu bual France24, Anwar gesa Barat jangan berat sebelah

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2025
21:35 MYT
[TERKINI] Ditemu bual France24, Anwar gesa Barat jangan berat sebelah
Dalam temu bual dengan France 24, Anwar menekankan bahawa prinsip keadilan sejagat perlu menjadi asas dalam pendekatan antarabangsa terhadap isu keselamatan. - Foto X Marc Perelman
PARIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa desakan blok Barat terhadap Iran agar menghentikan program nuklearnya tidak boleh bersifat pilih kasih dan berat sebelah.
Sebaliknya, tegas Anwar, layanan sama perlu turut dikenakan ke atas rejim Zionis Israel.
“Dunia bukan lagi berada dalam era kolonial di mana kuasa besar boleh memaksa.
“Keadilan mesti ditegakkan. Kalau ‘tidak’ untuk Iran, maka ‘tidak’ juga untuk Israel. Mengapa perlu ada double standard?” tegas Anwar dalam temu bual bersama France 24 yang disiarkan pada Isnin.
Anwar menekankan bahawa prinsip keadilan sejagat perlu menjadi asas dalam pendekatan antarabangsa terhadap isu keselamatan.
Sikap dan tindakan yang bersifat pilih kasih serta berat sebelah hanya akan memburukkan lagi ketegangan serantau.
Malaysian PM @anwaribrahim @FRANCE24 on West urging Iran to ditch its nuclear program:"It's not an imperialistic design of colonial ear where you can dictate. You have to be fair. 'No' for Iran, yes, but 'no' for Israel. Why the double standards?" https://t.co/XcepU34dZ7 #F24 pic.twitter.com/LOcZeC5QSo
— Marc Perelman (@mperelman) July 7, 2025
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#France 24
#perang Israel Iran
#nuklear iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan