awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi lancar talian bantuan percuma 24 jam

Zaiful Mohd Ariffin
Zaiful Mohd Ariffin
28/05/2025
22:00 MYT
TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi lancar talian bantuan percuma 24 jam
Inisiatif itu bertujuan memastikan jemaah menerima bimbingan agama yang sahih melalui komunikasi langsung dengan ulama terpilih dan jurubahasa profesional. - Gambar hiasan/AP
MEKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, melancarkan Talian Bantuan Percuma - 800 2451000, 24 jam seminggu untuk menjawab pertanyaan jemaah haji dan memberikan fatwa berkaitan ibadah haji.
Menurut laporan Arab News, perkhidmatan itu disediakan dalam 10 bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Urdu, Indonesia, Bengali, Hausa, Amharik dan Hindi.
Katanya, inisiatif itu bertujuan memastikan jemaah menerima bimbingan agama yang sahih melalui komunikasi langsung dengan ulama terpilih dan jurubahasa profesional.
Selain itu, kementerian telah menugaskan 300 ulama dan pendakwah untuk memberikan fatwa serta ceramah bagi kempen haji tahun ini.
Kementerian turut meningkatkan usaha kesedaran di Masjid Aisha, Mekah, yang menjadi lokasi utama persinggahan jemaah, dengan menyiarkan mesej kesedaran dalam pelbagai bahasa melalui skrin elektronik.
Pasukan pemeriksaan lapangan juga menjalankan pemantauan sepanjang masa bagi memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa terjaga dan sebarang isu dapat ditangani segera.
Selain itu, kementerian memastikan tersedianya Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa serta mengatur pergerakan orang ramai di dalam masjid dan kawasannya supaya jemaah dapat menjalankan ibadah lebih selesa.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Arab Saudi dalam memberikan tahap perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji.
Topic Berkaitan
#Talian Bantuan Percuma
#jemaah haji
#fatwa
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami