DUNIA
[TERKINI] Israel serang ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran - Media Iran
![[TERKINI] Israel serang ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran - Media Iran [TERKINI] Israel serang ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran - Media Iran](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-06/71749953134_IranIsraelMideas.jpg)
Seorang lelaki menyaksikan api yang sedang marak dari sebuah fasiliti simpanan minyak yang dipercayai terkena serangan Israel di Tehran, Iran, awal pagi Ahad, 15 Jun 2025. (Foto AP)
ISTANBUL: Serangan udara Israel awal pagi Ahad menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Tasnim.
Serangan itu menyasarkan bangunan Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera di kawasan Nobonyad, menyebabkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan pentadbiran.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran.
Terdahulu pada pagi Jumaat, tentera Israel melancarkan serangan terhadap Iran, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu serta mengorbankan beberapa komander tentera dan saintis kanan Iran.Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di wilayah pendudukan Israel, mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerosakan kepada bangunannya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami